Jan 17, 2011

Hipokrit kah aku?

Tadi lepas solat Asar, aku terpandang naskah mathurat dan ketika membaca mataku rasa berat, suara rasa susah hendak dikeluarkan, tanpa aku sedari air mata bergenang dan lantas membasahi pipi. Ayat ayat dalam Mathurat itulah yang menjadi peneman seluruh pelajar MRSM TGB selepas jemaah Subuh. Suara suara kamilah yang menghidupkan surau Al-Ikhwan itu. Pedih rasa hati apabila rasa terlalu bongkak kepadaNya. Ketika dalam keperitan di sekolah dengan pelbagai masalah, aku cari diKau. Seolah tiada yang lain memahami perasaan duka dan kecewaku. Kini, tidak sampai sebulan aku meninggalkan sekolah dan berjaya mengharungi perperiksaan dengan selamat, aku ketepikan diKau. Aku leka dengan keseronokan.

Tapi diKau tetap menjaga keselamatanku, memberiku rezeki yang baik, membuka pelbagai pintu minda bagi menamah kemahiranku. Jahilnya aku. Kami meminta pelbagai doa supaya keputusan kami berhasil setelah pelbagai usaha yang dilakukan. HAH. Tetapi pada saat akhir ini, kami lupa kami alpa.

Tuhan, jagalah akhlak ku dan rakan-rakan ku. Kuatkan iman kami dalam menjalani keseronokan diduniaMu. Cemerlangkan keputusan SPM bagi semua pelajar Ting.5 2010, supaya kami sedar dan merasa terlalu rendah diri dan hina kerana kau sentiasa menolong kami di setiap saat. Amin ya Rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment

Please leave a feedback, any kind of!