Mar 27, 2012

We Are Indeed Human.

Assalamualaikum,

Hm straight to the point, saya nak bagi my humble opinion about "Awal Ashari proposal to Scha Al-Yahya". First, saya bukan hard fan dua dua selebriti ni. tak ikut pun drama/movie mereka selain Syurga Cinta sebab ada Heliza dengan Aiman 'macam macam ada'. Okay dah menyimpang siur Hannah ni.
 
 
Ada pihak yang guna 'halal' dalam ayat propose Awal as pelik, tak boleh pakai sebab after she agreed, dia terus pegang kepala future wife dia. Okay betul, memang salah. Memang tak betul, memang boleh guna ayat haram perbuatan tu. TAPI. Kenapa time mereka lama-lama together dulu kita tak nak bagi nasihat/bersuara? Kenapa waktu betul betul dia dah ready ambil alih tanggungjawab dosa si perempuan, kita nak blame dia?

Kita kena sedar, tak semua beruntung macam kita, lahir dalam keluarga yang amalkan syariat Islam, ibu ayah didik solat since 4 tahun, pakai tudung dari kecil, sekolah asrama yang dapat gather solat jemaah sama sama, sharing ilmu akhirat sama sama. Semua tu nikmat, dan nikmat tu kita kena share, kena bantu kawan kita yang perlukan rasa nikmat tu juga. Bukan guna nikmat tu atas waran nak pandang rendah dengan orang yang not lucky enough. Nauzubillah.

Saya ramai kawan tak pakai tudung, memang betul dulu terdetik dalam hati, "Dah umur belas-belas tak takut tampung dosa ke eh?" Sebab saya percaya menutup tu bukan pilihan, tapi kewajipan as umat Islam. Tapi saya lagi percaya betul dengan hidayah Allah. Kalau dia nak bagi, no body can stop it. Kun Fayakun.
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi" -Yasin : 82

Saya ada kawan di mana dia dikelilingi dengan orang yang bertudung, including me, so she fell in love with hijab and Alhamdulillah she tried. But when she came back dengan bertudung ke rumah, her mom cannot accept it and they had a fight. Tak bercakap untill dia buka balik. See. Jadi kita nak tetap blame dia dengan cubaan berani dia tu? Bagi saya tu ujian Allah dari dia. I just pray that ibunda dia dibuka hati oleh Allah. The other case, saya ada kawan yang baru bertudung tapi dulu di MRSM sekali dia doa lepas sembahyang, saya kat sebelah ni dah siap baca Ma'thurat dan dah siap lipat telekung dah. Banyak betul dia mengadu pada Allah, malu kadang kadang "Eh aku ni confirm ke tak ada dosa dengan Allah?"

We know their names, but we dont know their story. Dont simply judge people bila kita sendiri tak pernah nak berusaha nak bantu dia. Patutnya saya sendiri yang malu sebab kenapa tak ada masyarakat Islam yang terangkan dia apa maksud halal sebenar-benarnya? Mereka mungkin confused. Dari kita buka aib mereka baik kita wish "Tahniah kepada Pasangan blablabla, semoga diberi hidayah oleh Allah dan melahirkan zuriat yang mampu membantu menaikkan umat Islam" Post dekat wall dia. Tak payah nak buat status tak payah nak comment teruk teruk bawah video Youtube tu. Kalau 1000 orang friends, 1000 orang dah start pandang rendah dekat mereka, ha main maths ah kita hutang kita dengan Allah berapa. Malu orang bukan Islam tengok kita bergaduh sorang kata sweet, sorang kata jadah apa dia ni, sorang kata pandai Astro ni nak up publisiti =,=



Saya agree yang se agree nya dengan Prof Madya Dr Abu Hassan  time Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA), bila cerita Hantu Bonceng kena banned sebab Zizan RL berdialog yang menyentuh isu sentimen umat Islam. Time tu saya mengaku terus nak percaya tanpa selidik yang tak ada sensitiviti si pembuat skrip ni? Tapi bila kita bagi ruang pihak mereka bercakap, ya Allah betul apa kata mereka. Kenapa bila salah baru nak terus menghukum mereka? Kenapa tidak ada orang yang berpengetahuan nak tapis dulu skrip ni? Hakikatnya kita yang tidak cakna membantu mereka, kita, UMAT ISLAM yang masing masing tak nak ambil port lahirkan penulis skrip yang hebat, yang mampu ketengah kan Islam, dah kalau tahu nak comment berhabuk di FB sahaja kita mampu.

Astagfirullah, ampunkan lah dosaku ya Ghaffar. 
 

6 comments:

  1. yup.judgement shouldnt be made until we understand her situation.no compromy^^

    ReplyDelete
  2. Nicely written, dear sis. Am proud of you!

    ReplyDelete
  3. hit the nail on the head, hannah. :)

    ReplyDelete
  4. moga thabat hannah !
    nah hadiah (47:17)
    :)

    ReplyDelete

Please leave a feedback, any kind of!