Sep 18, 2012

Flash Back.

Hari ini tidak mungkin aku lupa. Mana mungkin aku lupa! 17 September. Aku bangun dengan resahnya, betapa aku tidak mampu meneruskan perjalanan hari ini, berat yang ku pikul berbulan lamanya, walaupun sudah berakhir, tetapi hasilnya tidak lagi ku ketahui.

*Dua minggu lalu*

Tiba di bumi Jordan tapi kali ini aku tidak segembira bulan Januari dulu, kali ini, aku tahu aku ada misi yang belum diselesaikan. Dan misinya lebih berat kerana aku seorang sahaja yang terpilih. Walaupun aku meninggalkan bumi Malaysia dengan air mata kerana tidak cukup puas namun ku gagahi jua ke tanah ini. Tidur seorang, masak seorang, makan seorang, mengajar diri seorang, memahami seorang. Almaklumlah, cuti di Malaysia tak mampu menahan nikmatnya keindahannya. Ahhh Malaysia tanah airku!

*Satu Minggu yang lalu*

Physics paper esok lah, ya Allah ni dah lupa semua bab elektrik.Berpandukan nota Haziqah dan Qusour Husna, pun belajar lah dan me-recall balik pelajaran yang telah ditinggalkan dua-tiga bulan sebelumnya. Dapat berita student UniKL second year dah sampai, nak masuk rumah terus? *melompat capai vacuum dan kepit segala hanger hanger yang ada di ruang tamu* Oh malam ni tak sunyi lagi, ada gelak tawa ku dengari dari 5 orang penghuni transit di rumah. Walaupun tak mampu keluar untuk berborak panjang dek terlalu banyak subtopik untuk dicover, aku kembali bersemangat kerana mempunyai teman.

*5 hari yang lalu* 

Okay jangan lupa jangan lupa apa yang Miti dah ajar dulu! Ingat ingat! Jauh dari Johor Bharu Amira Atika datang ke Kuala Lumpur berkampung 4 malam untuk mengajarku. Tapi bila rasa tak dapat buat soalan, mula lah nak buka Running Man. Ah Hannah kau ni memang. Terus keluar bilik dan menanyakan soalan kepada rakan rakan uniKL. Alhamdulillah mereka masih mengingati kebanyakan dari topiknya. Pergi ke dewan perperiksaan seorang diri, dan balik berseorang diri. Cukup dengan kekuatan selepas mendengar suara dan doa dari Abah dan Mom.

*Satu hari yang lalu*

Hari ni dah janji dengan Nasuha, Biro Akademik batch Dentistry dan Tengku, Bendahari batch, mereka sudi meneman untuk melihat result dan urusan tasjil madah yang tidak dapat diselesaikan. Dari bangunan Pharmacy ke bangunan Nursing, dari Nursing ke bangunan Medicine, dari Medicine patah balik Pharmacy, untuk berjumpa dengan orang yang bertanggungjawab, namun, dikatakan esok baru keputusan akan diumumkan. Maka aku teruskan hari itu dengan mendengar lecture Patho, Anat dan Histo, apa yang aku dapat hari ini, 

"It is easy to become a doctor, But its very difficult to be One"- Dr Jamal

*12 jam yang lalu* 

Fakhira datang rumah, bertanyakan perihal tasjil madah dan keputusan, aku bilang tak tahu, padahal dalam hati memang gelisah, dan tak mungkin aku berdaya untuk mengetahui result tersebut bersendirian, aku menyuruhnya dan tiba tiba "Hannah dulu markah awak berapa? Ni yang ni, betul ke markah awak?". Jap jap. Ni bukan ni. Ni lain ni, tengok di bahagian kiri, Successful, "FAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA KITA LEPASSSS BOTHH" Menggeletar badan dan tangan, tetapi haru bergegas ke University untuk selesaikan tasjil madah yang mempunyai masalah. Dalam coaster, terus telefon abah, tanya khabar, dan terus berkongsi perkara yang amat disyukuri itu, ada tangisan yang ku dengari, tersentuh hati. Sejurus selepas itu, aku terima satu pesanan ringkas dari Abah,

"Lepas solat Subuh pagi td abh baca surah yaasin 3x. Selepas solat Zuhur abah baca 3x lagi. Selepas solat Asar abah baca sekali sahaja sebab letih. Allah sahaja yang membalas semua orang yang mendoakan kejayaan Abil. Abil bertuah kerana semua orang sayang ABil. Terubat hati Abah, terlupa kesedihan Abah. Moga terus berjaya anakku. Ameen" 2.19pm

Tanpa mengambil kesah orang yang duduk di sebelah, aku membiarkan diri ditemani air mata sepanjang perjalanan ke Universiti. Alhamdulillah ya Allah Alhamdulillah. Memang ini semua bukan kerja ku, memang ini semua rahmat yang paling besar dalam hidupku selepas dapat sambung pengajian ke tanah Jordan ini. 

Terima Kasih yang tidak terhingga buat semua orang yang bertanyakan khabar, memberi nasihat, mengajar, mendoakan dari jauh, atau yang tidak pernah memandang rendah atas kegagalanku dan sentiasa membuat aku percaya bahawa aku mampu buat dengan izin Allah. Lebih lebih lagi sepanjang perperiksaan.

Semoga Tahun Dua, dalam jurusan Pergigian ini akan membuat aku lebih tabah selepas mengharungi dugaan yang terbesar dalam hidup, dan semoga senior-senior/rakan rakan satu batch/adik adik junior yang baru tiba, dilancarkan urusan pengajian sepanjang berada di bumi Anbiya' ini, insyaAllah. 

RoofTop| Bayt Kampung|


4 comments:

  1. wahhh hannnaaaaahhh. entry ni leh rasa hannah tulis dgn perasaan. touching :')
    tahniah!

    ReplyDelete
  2. Bayt Kampung pun boleh! haha. Congratz Hannah! All the best untuk 2nd year pulak ;D

    ReplyDelete
  3. Tahniah hannah :) Loving you olweysss hik hik

    ReplyDelete
  4. and love you for 1000 more. hik hik

    ReplyDelete

Please leave a feedback, any kind of!