Title nak gempak. HAHA. Okay satu perkara yang korang kena tahu pasal Nabilah Hannah ialah dia seorang yang sangat lah pemalasnya. Pemalas yang TERAMAT. Tido memang menjadi keutamaannya even dari makan. TAPI kalau saya ni dah rajin. Jangan dikacau! Mood rajin tu memang lipas kudung dan licin lah segala kerja yang saya buat. Yelah rumah tak ada maid =,= anak perempuan ada tiga orang mana tak nya kan. Dan dua lagi benda korang kena tahu adalah saya sukaaa sangat memasak dan menjahit. Tapi jahit craft sahajalah. Bukan baju pun. Seperti di kiri blog saya di handmade teams ini :) Pheww dah menyimpang jauh ni dari topik. Okay siapa tahu kuih buah melaka? Alahai yang orang jual 4 singgit tu? Tak tahu gak kee. Bapak bandarnya. Dah mari kita bersama dengan Chef Hannah ! Apa yang perlu ada adalah..
-Sepaket tepung pulut
-Gula Merah
-Daun Pandan
-Kelapa
Itu jea tau. Saya bukan belajar ni dari mak saya ye, Mak saya belajar dari saya :) HAHA. Gelak dajal. Dari mana saya tak hingat.
Ini adalah hasil selepas daun pandan diblender. Tapis ya puanpuan |
Ini adalah air yang kita perlukan. Jangan tambah apaapa! |
Tuang air tadi dalam bekas yang ada tepung pulut. P/s: kalau rupa dia macam ni tambah lagi tepung yaw |
Bagi dia gebugebu gitu macam ni :) |
Ni original rupa. Sekarang gunakan kepakaran memecah supaya jadi small pieces |
Ha macam ni dah kira okayy jugak! |
Dengan tangan yang KERING, bulatkan dan tonyoh satu biji gula dalam dia. |
Kita boil kan dia. Mulamula akan tenggelam. Bila dia dah terkapaikapai tu kiranya dah boleh angkat :) |
Inilah rupa dia setelah diangkat |
Then kita main hindustan. Golekkan diatas kelapa parut |
TARAAA! Dah siap. Boleh eksyen dengan adik beradik korang yaww! |
Memang sedap! hihi. Sepanjang proses ni memang handphone saya penuh tepung. Hakhak. Sekali sekala masak ni jugak best tau. Sebab family korang macam sayang terlebih. contoh ayat mak "AWW anak aku. Haa kan macam ni baguss. Lepas ni boleh jual dekat pasar Ramadhan" =,= iyaalah. Okay untuk tempahan cakap lah berapa bijik korang nak! Tiada bayaran! Sebab i loike comotcomot tepung ni. Haha. Oh lupa precaution step, makan terus masuk satu biji dalam mulut! Sebab kalau tak.. Adalah mulut yang terbocor nanti. Selamat try :DD
No comments:
Post a Comment
Please leave a feedback, any kind of!