Kenapa ada khemah dekat depan rumah ni? Why people why???? Pfftt Hannah gelabah. Hm nanti aku habaq mai ah. Okay. Korang suka pergi pasar tak? Aku tak suka lah. aku lebih suka beli ikan ayam itik angsa ketam kambing semua dekat Tesco. Takde lah nak cakap i ni geli ewww ewww jadah semua tu, tapi aku macam akan timbul rasa kasihan yang teramat sangat sebab yelaah ramai peminta sedekah kan. Lagi pun kalau weekends punya pasar pagi, memaaannggg banyak gila site bukak. Yang kaya jual ikan semua tu aku tak kisah lah. Ni yang atuk atuk dan nenek nenek yang jual daun pandan, daun pokok pisang, kelapa parut, petai, belacan, tempe semua tu. Aku rasa macam hmm siaaan sangat lah. Bila sian, aku tak sampai hati nak beli dekat nenek/atuk yang mana.
Dah lama jugak tak mai ikut pasar ni. Sebab selalu mak aku jea yang pi. Tapi la ni mak aku pi sekolah, abah yang bawak kitaorang. Kami nak pi cari bahan bahan untuk topup makanan kalau kalau tak cukup makanan catering besok. Kalau pergi dengan mak aku, memangg seBOLEH bolehnya nak beli dekat melayu. Kalau kat dua tapak kaki kat depan ada cina jual bendi, tak mauu. Nak pi depan depan beli kat melayu. Sekali mahal. Tulaah melayu. Suka ambil keuntungan ! Tapi betul juga cakap mak, kalau tak kita tak bantu bangsa kita, siapa lagi kan? hmm. Ok dah cukup pasal pasar pagi.
Pink Purple :) |
Tadi pergi kedai orang tu tanya, "Dik, fatin nak btunang ke besok?" terus aku gelak HAHAHAHA. Fatin nak bertunang? Telur pun aku yang selalu masakkan. (sebab tu je aku hebat HAHA) Taklaaah. Ni bukan majlis Fatin, ni majlis Myra. 2nd sister, going to fly on 18th Feb. GOD! minggu depan. Ish aku tak rela lagi nak lepas dengan makcik sorang ni. Jadi sesiapa yang ada kat sekitar Shah Alam atau berdekatan dengannya moh lah datang umah aku. Sedaap catering. Kuih pun bakal sedap jugak :D
Fuhh projek terbesar setakat ini. Tempahan buah melaka 200 biji. Patah pinggang den. Nasib baik si Daus datang dari Matrix dia tolong malam ni. Bolehlah berkampung tolong aku. Ingat, free datang ! :D
No comments:
Post a Comment
Please leave a feedback, any kind of!