Mar 22, 2011

Masam Manis SPM 2010

Alhamdulillah, 12 tahun aku beruniform :)

Aku memang saje taaak naak update sebab aku dok rumah mak cakap pasal result, dekat tadika cikgu cikgu asyik cakap dont worry mesti straight A punya. Dekat FB lagi lah sakit jiwa notifications dekat MRSM TGB Group aku tak habeh habeh dok cakap nak pakai apa semua semua tulaaah. Memang, memang SPM dah berakhir aku pun dah jawab dan kalau air mata darah sekali pun keluar tak dapat nak jawab balik *sobsob* tapi aku still takut. Sebab aku tak pernah, like really really tak pernah nak sesuatu seperti ini. Okay kalau kau tunjuk slip SPM straight A atau pun Diana F , aku pilih slip SPM tu. 

Bukan nak cakap apa, sebab iyelah aku ni dari sekolah asrama. Dari Form 1 pulak tu. Jadi orang dok pandang tinggi nak mampuih sebab nama sekolah. Mereka pernah tahu ke aku pernah dapat Biologi & Chemistry C? Addmaths apatah lagi? Dekat MRSM Lenggong, aku duduk dalam comfort zone. Memang aku tak pernah dapat 4 flat. Yang paling tinggi pun 3.8, tapi aku bermula dengan png 2.8 masa aku form1. Sebab aku tak boleh nak beberapa terima ditinggalkan family jauh di Perak ketika 13 tahun. Tapi Form 2 first sem aku dapat 3. 5 buat aku yakin pada diri yang aku boleh buat.

Yadayadayada dan PMR Alhamdulillah straight. Kalau korang nak tahu le kan. Tak mau tahu pi pangkah la page aku  :( mak aku kan, after dengar aku call dapat straight, dia suruh call balik. HAHA. Sebab aku agak nakal kot form 3 so dia tak percaya lah yang aku manage . Ok dah aku ni sebenarnya nak ulas time SPM yang habis 8 Disember tuu

Bahasa Malaysia
Mula mula aku jawab tak rasa apa. Senang laah jugak sebab dah dapat soalan bocor dari Kedah kan? Dan nak bunuh diri komsas susah.
 
Bahasa Inggeris
Sangat sangat seronok menjawab. Alhamdulillah dengan bantuan Syasya cerita aku untuk essay lagi menarik.

Sejarah
Malam exam macam nak kepam aku tengok semua soalan. Tuptup pukul 12 30 dapat soalan bocor yang reaaaaaaaaaaaaaal punya, ihsan dari cikgu mana ntah? Dahla ramai bagi mesej spot yang berpage page sampai hp aku dah jammed

Mathematics
Paper 1 selalu 30 mins dah siap tapi kali ni aku gunakan 100% masa yang ada sebab banyak gila calculation untuk 1 quest. Phewww

Additional Mathematics
Alhamdulillah dengan cikgu yang sanggup datang siang dan malam sebelum exam aku dapat rasakan buat pertama kalinya Add Maths senang alhamdulillah jugak kali ini tiada ruang yang aku biarkan kosong seperti trial.

Agama Islam
Rasa nak bunuh diri sebab susah nak mam. Tajwid dia haram aku tak pernah tahuuu dan sirah tak keluar langsung yang aku dok buat formula !

Biology
Aku tergamam sebab rasa banyak salah objektif. Dengan rasa marahnya semua soalan essay aku jawab. Oh iyaa yang untuk food tu aku menggeletar jadi aku jawab dalam BM. HAHA

Chemistry
Lagi nak bunuh diri sebab paper 3 (practical essay) aku tersimpang jauhhhhhhhhhhh. Dan menangis, tetapi subjektif aku boleh buat

Physics
Aku akan puasa 3 hari kalau physics aku A, even A- sebab da punya essay susah nak mam. Soalan dia putar belit gila. Selalu cikgu ajar modification untuk perahu, ni keluar rakit. Oleh sebab terlalu marah, aku lukis rakit buluh kat bawah besar besar dan lukis rakit yang aku design sendiri. HAHA
 

Aku bersyukur sangat sangat sebab ambil SPM dekat TGB. Memang aku rindukan MRSM Lenggong, tapi sampai bila aku nak hidup dalam comfort  zone kan? Cikgu cikgu dan kawan kawan yang berjumpal 437 satu batch memang lah banyak warna warninya. Fuhh besok setelah 3 bulan tak menjejak kaki ke sana, akan aku datang balik dengan mengambil tujuan utama aku ke sana. Setiap hari, setiap solat aku doakan kejayaan bagiku dan kawan kawan semua. Moga moga kita akan menjadi muslim/muslimah yang berjasa kepada masyarakat ! 

3 bulan tak bergelak ketawa dengan mereka
OHH lagi satuu, ni aku print screen dari aku MRSM TGB group.


2 comments:

Please leave a feedback, any kind of!