Oct 20, 2011



Baru aku tahu maksud sebenar MatLuthfi ni. Thanks, kau pun alui benda yang sama eh



Hai, barangkali post kali ini sangat berkias dan memang orang yang faham dan berada dalam keadaan yang sama sahaja akan faham. Aku guna bahasa yang sopan sebab ini boleh dikategorikan formal, kalau tak faham, maka pergilah pangkah terus kotak merah itu. Aku tahu tahap diri aku, aku tahu aku perlu jadi orang yang baru dan aku tahu tahu semua peluang yang ada di bumi Anbiya’ ini aku kena ambil, aku tahu semua itu. Tapi obviously aku perlu kau untuk terangkan dan bawa lagi jalan itu pada aku. Dulunya aku sangka kau seperti malaikat yang sangat menjaga dan mengambil tahu tentang diriku. Jujur aku terharu, tapi aku tak tahu ada agenda di sebalik itu. Serious aku tak tahu, begini jadinya.

Kau kau kau dan aku ada satu matlamat. Tapi kau kata cara kita lain. Eh kenapa? Apa yang bezakan kita? Aku pun kurang pasti. Seringkali aku Tanya, ikhlas kah ini? Betulkan cara ini? Aku tak tahu. Aku bukan orang yang lahirnya bijak dan tidak perlu menelaah di saban hari. Yang itu aku tahu. Aku tahu tahap diriku. Kau orang hebat, aku kagum, aku jadikan kau model untuk lebih Berjaya. Eh siapa sebenarnya aku nak jadikan panduan ni? Kau atau kau? AKu naik bingung. Dan bingung aku makan diri aku. Aku sayang semuanya. Dengan kau aku rasa bertenaga, sungguh. Semoga tuhan memberi kekuatan juga pada kau.  Jujur aku cakap, aku rindu waktu semuanya berada dengan kau. Jujur aku cakap. Tapi kadang kadang kau dah tahu keadaan aku, kau biarkan aku ditepi.

Aku sedih, aku ingat hari itu hari permulaan dan tiada pengakhiran, salah rupanya. Aku taknak anggap buruk terhadap kau, sungguh kau mulia hati perangainya, tapi aku sedikit tertanya, terkubur sudahkah persahabatan kita? Maaf kalau kau kecil hati, aku tak tahu nak salurkan ke mana lagi apa dalam otak, apa dalam hati. Ada yang mungkin tak faham, sebab kau tak megalami. Tapi siapa kita mahu menilai kerja Ilahi? Siapa kita untuk bezakan orang yang bermujahidah dan yang tidak? Oh aku tak tahu sebab aku tak pernah pelajari chapter itu mungkin. Nanti beritahu lah aku. Tiada menang tiada kalah. Kita semua sama. Niat yang baik akan membawa kepada pekerjaan yang baik. Aku tahu niat mula kau baik, dan aku sangat terharu dengan itu. Tapi mungkin cara tak kena pada tempatnya. Jadi neutral barangkali. Aku mahu kau tanpa ikatan. Sebab aku bimbang aku tak dapat kuat bersama kau. Aku tak mahu ada dinding antara kita. Jangan ingat minoriti kita tak boleh menang? Eh peperangan apa kita nak sertai ni, siapa yang jadi pesertanya? Haih bingung aku.

No comments:

Post a Comment

Please leave a feedback, any kind of!