Oct 21, 2011

Prof, I need High Marks, PLEASE !

Assalamualaikum .

Kadang kadang kalau MRSM dulu Sejarah dapat B+ , iya iya kita gedik menempek kat cikgu bagi mintak dapat A bagi dapat 3.5 kannn. Malu kalau ingat benda tu sekarang, kita macam depends dekat cikgu gila and kalau cikgu tak bagi, amboi kemain masam muka. Kalau cikgu suruh buat kerja kursus extra, tak kesah malah ketepikan everything untuk dapat few marks tu. Sebenarnya Allah dah bagi kita the best dengan usaha dan tawakal yang kita ada. Tapi still berusaha kalau terbuka hati cikgu nak bagi. USAHA tu namanya sayang. Okay sini aku bawak mai satu cerita dapat kat sitting tadi.

I miss to study with them :/


Nabi Sulaiman kan ada kelebihan bercakap dengan binatang. So satu hari ni, Nabi Sulaiman cakap dengan si semut. "Semut, berapa banyakkah makanan yang kau habiskan dalam masa setahun?", Si semut tu jawab, "Sebutir gandum aku dapat habiskan dalam masa setahun", Nabi Sulaiman continue lagi, baginda cakap, " Okay kalau macam tu aku akan masukkan kau dalam satu botol bersama sebutir gandum, dan lagi setahun aku akan buka kembali botol ini," Nabi Sulaiman pun masukkan semut itu kedalam sebuah botol.

Sampainya setahun, Nabi Sulaiman membuka botol itu dan mendapati bahawa sebutir gandum itu masih tinggal setengah, lantas Nabi Sulaiman pun menanyakan si semut itu " Mengapa kau masih mempunyai lagi setengah butir gandum?" Si semut menjawab, "Dulu ketika aku diluar, aku makan sebutir gandum kerana aku bergantung kepada ALLAH dan aku tahu rezeki aku ada lagi, jadi didalam botol ini aku bergantung kepada kau, walaupun kau Nabi yang mulia tetapi kau masih manusia dan mempunyai kemungkinan untuk lupa, jadi aku makan setengah supaya kalau kau lupa akan diriku, maka aku masih lagi mempunyai bekalan makanan", jawab si semut.

AWESOME gila aku tulis cerita kanak kanak. hihi. okay so nampak tak dalam cerita ni semut tu sendiri pun bergantung kepada Allah, kita yang ni berakal ni lagi lah kena kan? hmm so Title di atas tadi nak cakap supaya yang jomlah ingat mengingati diri, aku ni lagi lagi lah, supaya sentiasa bertawakal kepada Allah setelah berusaha!  OK BYEE nak campak laptop ketepi and terus buat Chemistry.


xoxo

No comments:

Post a Comment

Please leave a feedback, any kind of!