Oct 13, 2011

IDK

Ehem, hari ini saya nak gelarkan diri Aku bukan sebab kasar tapi sebab saya macam comel sgt ? I macam tak kena, gua macam ewh untuk sekarang *padahal kau pernah je guna . Whatevever. Aku sedikit diwarnai dengan emosi yang berbagai hari ini sebab aku eksaited gila, sedih gila and sikit tension gila. So gila cube. Aku tak tahu nak buat power three, maka jomlah kata aku buta IT *mata berliar cari siapa yang berbisik cakap "Hannah buta IT, yeay !".

Tak, sebenarnya aku eksaited kemain sebab cuaca dah sejuk gila today. Aku sedikit terkinja kinja menunggu si winter dan setiap kali matahari memancar dengan jayanya aku akan buat muka macam ni :( BUAT CEPAT SEMUA ! Haa pandaii. Bila awan nak datang ni? Then aku eksaited sebab aku dah faham lah 70 % Arab fusha yang diajar oleh teman dari Intec, Fatin Syahirah. Maka terima kasihlah yang tidak terhingga kepada beliau sebab mengajar aku macam macam style tak kira duduk tegak di meja, terlentang atas katil di rumah mahupun belajar sambil makan di Cafe University. Dah habis tu je.

Kalau boleh melompat maka aku akan melompat setinggi tingginya!

Then aku sedih sebab entah aku rindu rumah ! sobs sobs. Wei wa cakap lu rumah wa best doh. Walaupun tak ada Unifi ke Barbie doll ke set main masak masak ke kan, haa still best tau. Wa kalau masuk bilik pasang aircond garenti tertido. Bangun bangun tengok kucing wa tido kiut je dekat kaki wa. Wa tengok CSI kadang kadang dah hafal script tapi tak bosan wo. Mana nak dapat? HAHA. Fine rumah aku ada belas belas kucing. Then kalau rasa nak pi basah tekak dengan cendol pulut aku bawak Myvi and tersengeh sure pakcik tu dah tahu order aku macam biasa. Terbaik. Haih. Abah dah lah comel, rindu pulak abah. Mak dah lah suka jerit jerit sembahyang jemaah, rindu pulak mak. KAKTIN DAH LAH SUKA JERIT JERIT SURUH BAGI KUCING MAKAN *marah gila lah konon kan* rindu kaktin. KakYah uhm dah lama tak balik Malaysia pastu sombong mentang mentang Aussie lah kan T.T . Esok dah lah birthday si pemenang medal emas. Jadi rindu semua orang.

Hai Korang, Abil rindu :/

Besides, *nak bajet omputih tak nak cakap pastu* aku tension sebab exam aku mingu depan kan. Pastu bab masuk banyak pulak tu kan. Yang Chemistry & English IA oklah kan sebab kelas dia sangat lah best kan dan kejap maka aku nak menguap pun tak sempat kan. Yang Arab & Biology ni dah lah lama gila kan tapi Bio ampun lah Doc ckp dalam BI. Yang hok Arab tu? Aku dah tension dengan si Fatin yang hebat gila arab and Izzat yang sikit sikit nak bagi contoh kat depan. Rasa macam nak letak chewing gum dekat kerusi dorang so jangan bangun. HAHA. Pastu exam aku dahlah semua multiple choice questions (MCQ) online. Dah siap, tekan submit, hok gambar aku yang huduh benor tu terpampang dengan markah yang cemerlangnya. Seram pulak bila aku fikir balik. Jomlah doakan aku weh , jomjom :D


Thanks lah kan buang masa baca blog aku ni. Aku makin busy nak belajar dek exam yang makin hampir buat muka aku merah panas ni !

Im so sleepy when it comes to Biology. Haish

nota gigiku: Aku dapat ilham eja excited=eksaited, sebab mak aku yang cikgu BI pun eja daughter=doter. Mom, mom. Ohsem sungguh !

2 comments:

  1. hahaha so comel :PP excited jugak nak winter ni hehe

    ReplyDelete
  2. eh kak belle ! kannn ! hee sejukness :D

    ReplyDelete

Please leave a feedback, any kind of!