Nov 12, 2011

Spirit.

Semalam aku memang macam emosional gila. Rasa macam nak pang sebijik dekat muka. Bila rasa emosi macam macam benda tak dapat nak buat, Tapi thanks dekat orang yang berada di sekeliling, korang buat aku rasa bersemangat balik nak teruskan hari hari yang mendatang, kalau karang rasa down balik, aku mintak makanan rohani lagi okay? :)

Kata kata dari seorang teman "Datang ke sini memenuhi cita cita yang diimpikan, datang pula ke Bumi Anbiya. Ulama dan Anbiya dah merasai kesusahan sebelum kita, tak dapat dibanding susahnya hidup mereka berbanding kita. Bila susah, katakan Allah ada padaku", really membuka mata aku ni. Haih aku tak perlu pun nak berperang, tak perlu pun nak bertahan lapar, duit pun bukan aku kena cari, Alhamdulillah rezeki aku pada MARA. 

Pagi tadi lepas subuh aku tak tidur, lepas buat cucur dan makan bersama roommate tercinta, aku tenung buku BioLab, aku tenung dia, dia tenung aku. Haih, exam dah nak dekat ni. Baru aku nak capai, hiram (comforter) aku yang baldu dan berwarna pink ni merengek rengek minta didodoikan. Tewas lagi ! Nasib baik tak terlelap lama, bangun bangun istigfar sebab layan nafsu tidur, terus ke atas jenguk rakan KBIS, floor atas ada group, namanya stands for Kelab Bakal Isteri Solehah :') InsyaAllah aku doakan ye, group floor aku KGI, Kelab Gadis Irbid. Cehh. Then Nais tengah goreng sweet potato and tangan aku makin laju mencuri dan masukkan di mulut. Sedapnya tuhan, Alhamdulillah. Lepas makan, aku basuh pinggan mereka sbb Nais luka dijari, pedih nanti terkena air, kata-kata Nais buat aku terdiam lagi, katanya.

"Mak aku ckp, kita kalau nak pandai hidup/ start ada keluarga sendiri, buat kerja jangan berkira, jangan bila kita dah masak, kita harapkan orang lain pula yang basuhkan, gilir gilir kononnya, biar kalau boleh kita rebut nak buat semua tu"

Istigfar lagi diri aku, selama ni nak ada jadual kononnya senang bekerja. Ceh, piraah Hannah. InsyaAllah sahabat, aku akan try positive kan diri aku ni, Syukran Jazilan sebab sentiasa bagi panduan dan jalan penyelesaian kalau aku tengah dalam kerumitan, semoga Allah bersama kalian :')



Ceh, gambar bajet macam di UK, EN SUS SUENOS !

5 comments:

  1. cool Hannah! thumbs up. aku suka <-- sebb ada nama aku :) HAHA <3

    ReplyDelete
  2. saje nak komen 2 kali ;D hehe.
    Hannah,hannah, may Allah ease everything sis.
    :D
    Hannah, fighting! ^_^Y

    ReplyDelete
  3. oH,last komen nih.
    Gud luck musafir di bumi anbiya'
    Gud luck exam biolab.
    Gud luck battle of war dgn hiram pink kau.
    Gud luck semuanya.

    Heeeee, XD

    ReplyDelete

Please leave a feedback, any kind of!