Oct 16, 2011

Doctor Vs Dentist

Assalamualaikum :)

Dari Intec sampai ke Bumi Jordan ni, masih ada orang yang cakap macam ni dengan aku:

Z: Eh Hannah kau ambik Medic kan?
Aku: Eh tak lah, Dentistry
Z: Jangan lah menipu, Medic kann.
Aku: Hokalah. bakpo aku nak menipu. Betullah =,=

Aku tahulah aku muka gangster tapi hati aku kiutt. Fine takde kaitan. Asal muka tabah/garang je Doctor, yang sopan sopan ni Dentist, eh betul ke? Kalau nak cakap aku muka sopan kau iyakanlah. Aku stop kejap baca Biology and termenung sambil tengok anak anak kecil di kejiranan main bola. Comel jugalah mereka. Then terpikir tiba tiba tujuan hidup ni. Hm hm aku ni serious kah nak jadi Dentist? Best ke main main playar/spanar gigi orang? Aku tak tahu. Kbye. Orang ckp Dentist ni kerjanya senang, kerja office hour. Taklah abaikan anak anak nanti. MENDA KAU MEREPEK NI HANNAH. Heh sorry menyimpang. Pergi belajar pun 5 tahun, tak macam Doctor, 6 tahun. Bahagia lagi. Tapi bila aku fikir dalam dalam, then follow forum Ust Farid and byk lagi lah sitting, aku rasa awesome gila Doctor ni.

Btw, aku tengah layan novel selain novel Chemistry aku yang sungguh romatik <3 Cerita tu pasal Doctor life. Dia dah so emosi bila patient dia yang paling rapat and sayang meninggal :') Taklah, macam besarnya impak kerja dia kan and aku yang sangat jiwang ni pun menangis lah. Aku rasa macam Dentist ni setakat ok jumpa and tanya khabar and treat patient, dah balik, tu je. Yelah sebab gigi taklah sampai semua ahli keluarga kena tunggu dekat luar pintu tu sambil cakap "Macam mana Doctor? Anak saya punya gigi kena cabut berapa, dia jerit kuat kuat tak?" Setakat ni aku belum jumpa lagi lah yang paranoid sampai gitu =,=

Siapa nak boleh PM

Aku bukan jugak cakap aku menyesal, tak tak. Aku eksaited kemain ni nak tunggu second sem nak belajar Dentist punya silibus. Tapi untuk yang kwn aku hok ambil Medic di mana mana negara lah kan, Jordan, Russia, Ireland mahupun Malaysia yang awesome gila tu, Korang hebat and rock lah ! Aku bangga jadi kawan korang, ecehwah. Korang adalah pengantara Tuhan dan pesakit untuk merawat pesakit, so treatlah patients korang baikbaik ok? Lagi lagi yang Islam, gunalah pendekatan ni untuk berdakwah.

Memang lah aku tak suruh korang time dia datang berlumuran darah tu kau pergi bukak Quran baca satu juzu' pulak. Tapi cukuplah tanya "Pakcik dah Solat ?" Takpun bagi few ayat Quran yang tunjuk tuhan suka orang yang bersabar dan mohon doa darinya kan? Aku pun InsyaAllah akan buat jugak, tapi aku takdelah ada sampai nak round round wad kan. Mesti best :') Hihi. OKlah tu jea untuk sekarang, nak pakai braces jomlah buat. Promotion untuk pelajar Jordan, 300 JD sahaja  :D

Aku suka sangat combination of these colors <3

nota gigiku: Aku tak pernah jumpa cabut gigi dengan Dentist dalam hidup aku.

3 comments:

  1. is that my set of teeth? fatin pernah buat kot braces colour gitu. oh terima kasih sebab nak sponsor lifetime dental treatment to kami sekeluarga. i love you lah!

    ReplyDelete
  2. ssah x silibus nk blajar jdi dentist niy

    ReplyDelete

Please leave a feedback, any kind of!